Rabu, 24 Jun 2009

MENGUBATI KELENJAR TUBUH



Di dalam tubuh manusia terdapat 8 kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon bagi memb0lehkan tubuh anda berfungsi dengan baik. Jika salah satu kelenjar tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya maka tubuh akan mudah dihinggapi penyakit zahir dan batin.

Antara kelenjar yang mempunyai khasiat yang paling baik untuk kesihatan tenaga batin ialah yang berada di kepala. Posisi ini menuju Makan Atas dan merangsang Titik Lazat Cita (G-Spot) jika tusukan dilakukan sekitar 2 inci dalam lubang faraj.

Posisi ini dinamakan oleh Tung Tsuan dengan nama Bayan Biru Menari Berpasangan, Syeikh Omar bin Muhammad Nefzawi telah mengajar dalam bukunya Taman Wangi kedudukan dimana isteri baring terlentang dan kakinya diangkat agar kedua-dua kakinya berdekatan dengan telinganya................tak dapat nak teruskan

Selasa, 23 Jun 2009

MENGUBATI PENYAKIT PITAM



Ada manusia yang mengidap penyakit mudah berpeluh,merasa letih dan lemah,selalu merasa mahu pitam atau degupan jantungnya selalu pantas.

Kedudukan ini dikatakan boleh membantu mengubati penyakit tersebut dengan cara melakukan kira-kira 90 dayungan sehari selama 10 hari berturut-turut.Tekniknya tidaklah dapat penulis cerita disini.

Sabtu, 20 Jun 2009

PERNAFASAN SEBELUM JIMA'

Berikut dicatatkan langkah-langkah bagaimanakah seharusnya suami mengawal nafasnya sebelum, semasa dan selepas jima' untuk tujuan-tujuan yang tertentu.Ianya adalah koleksi dari berbagai-bagai punca tradisi untuk manambah pengetahuan.Sejauh manakah kesahihanna tidaklah dapat penulis buktikan kerana tidak ada sebarang kajian setakat yang diketahui yang menyokong atau menidakkan perkara.

1. Bagi membolehkan suami benar-benar dapat menikmati isterinya dan isteri menikmati suaminya, datangilah isteri semasa suami bernafas kanan dan isteri bernafas kiri.Jika jima' dilakukan maka akan mencapai kepuasan yang dihajati.

2. Sekiranya mahu mendapat anak lelaki dari jima' itu lakukan jima' pada masa isteri subur iaitu di hari yang genap setelah kering haid. Lakukan jima' semasa isteri bernafas kiri dan suami bernafas kanan.Nafas isteri semasa itu ialah nafas Tanah iaitu hembusannya lambat, agak hangat,mempunyai bunyi yang dalam dan datang dari tengah seolah-olah dari dagu.

3. Sekiranya mahu mendapat anak pepempuan, lakukan jima' pada masa isteri subur iaitu di hari yang ganjil setelah kering haid.Lakukan jima' semasa isreri bernafas kanan dan suami bernafas kiri.Nafas isteri semasa itu ialah Nafas Air, hembusannya amat laju, bunyinya kuat dan ia sejuk bila dirasa.

4. Bagi isteri yang sukar hamil, dia boleh mengandung jika semasa jima' itu dia baharu memulakan Nafas tanah atau nafasnya Nafas ialah Nafas Kanan dan pada ketika itu nafasnya ialah Nafas Api, hembusannya amat panas.

5. Jika sebelum ini isteri menolak untuk jima' dekati bila dia tidur nyenyak pastikan pada ketika itu suami bernafas kanan dan isteri bernafas kiri.Buka daging purana isteri dengan perlahan-lahan dan tiuplah ke arah dalam faraj kemudian tinggalkan dia.Bila dia terjaga,farajnya akan terasa gatal (mengemut) dan dia akan berkehendak untuk jima' dengan suaminya.

Rabu, 17 Jun 2009

Peperiksaan Kekompetenan PW 2


Kepada semua calon sesi 1 dan 2 / 2007 yang akan menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai ( WIREMAN ), peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 13 - 17 / 07 / 2009.
Setiap calon yang layak hendaklah melengkapkan borang GM ( PE ) 01, GM ( PE ) 02 dan ST ( PE ) 1 Pin 4 / 2002. Pada setiap borang tersebut hendaklah dilampirkan bersama :
1. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
2. Salinan Sijil Akademik Tertinggi
3. Salinan Sijil Kemahiran GIATMARA
4. Surat Akuan Majikan ( tempoh mula dan tamat latihan loji )
5. 4 Keping Gambar ( ukuran pasport )6. Borang Q ( majikan )
7. Fee Peperiksaan

Borang permohonan yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada Pejabat GIATMARA Negeri selewat lewatnya pada 08 / 05 / 2009.
PPI Negeri akan membuat semakan dengan kerjasama Penyelaras Zon bermula pada 11 - 15 / 05 / 2009.
Selamat Menempuh Peperiksaan.